Mujahid Yusof

YB Senator Datuk Seri[2] Dr. Mujahid bin Yusof (lahir 25 Oktober 1964), kebiasaanya dikenali sebagai Mujahid Yusof Rawa, merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),[3] ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Parit Buntar selama tiga penggal (2008-2022). Beliau merupakan Naib Presiden AMANAH, parti komponen di dalam PH. Kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara mewakili DUN Perak. Mujahid merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, yang juga merupakan Presiden PAS, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Mujahid dikenali sebagai progresif dan aktif dalam menjadikan PAS kepada parti berbilang kaum. Namun, beliau dan sebahagian rakan-rakan yang dikenali sebagai G18, telah ditolak dalam Muktamar PAS 2015. Beliau dan rakan-rakannya kemudiannya mewujudkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiaannya menjadi asas kepada tertubuhnya parti AMANAH.

Mujahid Yusof

Raja Sultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Lahir (1964-10-25) 25 Oktober 1964 (umur 58)
Timbalan Fuziah Salleh
Pekerjaan Menteri
Didahului oleh Jamil Khir Baharom
Alma mater Universiti Al-Azhar
Universiti Pertanian Malaysia
Universiti Malaya
Digantikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Pasangan Datin Seri Zuraida Husin
Anugerah Senarai
Hubungan Anak Bongsu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa
Parti politik PH-AMANAH
Majoriti 7,551 (2008)
8,476 (2013)
3,098 (2018)
Bapa Yusuf Rawa
Kabinet Kabinet Malaysia 2018
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad